Tan metrik

Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan 1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak pernah digunakan. Walaupun ejaan tonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun 1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa Inggeris. Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam bahasa Inggeris.Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagai millier atau tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai perkataan kuno oleh NIST.[3]